Sunday, 9 October 2011

UNTUK SAUDARA ISLAMKU .. :)


Assalamualaikum...
Janganlah selalu bersikap keluh kesah terhadap sesuatu perkara yg telah terjadi. Sesungguhnya apa yg berlaku adalah kerana ketentuan & kehendak Allah SWT. Allah SWT mengatur kejadian adalah kerana bersebab. Kita seharusnya meredhakan apa yg telah terjadi. Jangan jadikan tauhid kita kepada Allah SWT lemah dan longgar. Dari Allah SWT kita datang dan kepada Allah SWT lah kita kembali dan oleh kerana semua kejadian dibumi ini datang dari Allah SWT, maka apa saja yg berlaku seperti kematian, kemalangan, musibah, malapetaka, kecurian dan sebagainya, kenalah kita sebut Inna-lillah. Hidup dan mati adalah kehendak Allah SWT. Setiap yg bernyawa pasti mati. Tidak ada seorang pun yang tidak akan mati. Allah SWT beri kita nyawa, maka kita hidup. Bila Allah SWT ambil nyawa kita, maka kita pun mati. Tanpa kita ketahui waktunya bila, dimana dan mengapa. Setelah mati, kita akan berpindah ke alam akhirat. Kalau kita baik didunia, kita akan masuk syurga. Tetapi kalau kita jahat didunia, kita akan masuk neraka. Ingatlah, dari Allah SWT kita datang dan kepada Allah SWT jua lah kita kembali. Subhanallah. Renung-renungkanlah saudara Islamku.
Admin,

Tuesday, 4 October 2011

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum..pertama kali saya, admin As_Syifaa Gallery ingin mengucapkan terima kasih dan selamat datang ke blog kami ini. Hari ini, 5/10/2011 ( Rabu ), blog ini di create. Dengan ini saya berbesar hati di atas lawatan anda semua di blog kami ini. InsyaAllah jika diizinkan Allah SWT, kami akan menyajikan anda dengan pelbagai topik dan cerita yang menarik. Sekian.